1. Kita ada tanah. Dah lama tak jenguk.
2. Tetiba kita dapat Notis 7A yang mengarahkan kita untuk pulihkan semula tanah kita mengikut syarat tanah.
3. Jika gagal, tanah kita akan dirampas semula oleh kerajaan.
4. Dimanakah kegagalan kita sebenarnya?
5. Sekarang ni banyak projek-projek pembangunan serta aktiviti ekonomi yang menghasilkan banyak bahan buangan.
6. Mereka yang menghasilkam bahan buangan ni akan mengambil jalan mudah utk jimatkam kos – buang saja sampah di tanah orglain atau di tempat pembuangan sampah haram.
7. Bila dah terlalu banyak sampah. Menghasilkan bau busuk dan lalat. Penduduk pun komplen.
8. Sebaik saja menerima komplen dan syarat tanah didapati menyalahi kegunaan tanah, pihak berkuasa akan mengemukakan Notis 7A utk pulihkan semula tanah ( clearkan sampah2 tu). Jika gagal proses perampasan akan berlaku dan tanah akan kembali semula kepada kerajaan.
9. Apa tanggungjawab kita ke atas tanah hakmilik kita sebenarnya? Hakmilik sendiri, jagalah sendiri. Terpulang cara masing-masing. Nak letak pagar ke, nak letak anjing ke, nak letak pak guard ke. Bukan urusan kerajaan utk menjaga tanah hakmilik individu.
10. Samalah seperti rumah kita sendiri. Jika dimasuki pencuri, report polis. Cara menghalang pencuri masuk – pasang grill, cctv, alarm.
11. Samalah halnya juga seperti tanah. Harta sendiri. Jagalah sendiri. Rajin-rajinlah jenguk tanah sendiri supaya tidak dicerobohi orang lain dan berlaku pelanggaran syarat tanah.