1. Saya ditanyakan seorang rakan, patutkah dia membeli rumah di zaman ekonomi gawat sekarang ini? Dengan ketidaktentuan ekonomi dan nilai ringgit yang terus merudum, adakah membeli rumah satu tindakan yang betul?
2. Saya sukar hendak memberikan pandangan yang tepat. Namun saya masih mengingati beberapa fakta yang diberikan oleh guru-guru hartanah saya.Moga ia membantu dia dalam membuat keputusan.
3. Pada 3 tahun lepas, salah seorang guru hartanah saya bagitau kemelesetan ekonomi dijangka berlaku pada 2016. Namun, ada kemungkinan ia akan berlaku pada akhir 2015.Spot on ! Perkara ini sedang berlaku.
4. Kata beliau lagi, kalau berlaku perkara tersebut, jangan beli rumah undercon. Sebab apa? Dijangka pemaju perumahan menghadapi masalah kewangan dan projek perumahan tersebut akan terbengkalai.
5. Bila dah terbengkalai, tunggulah sampai 3-4 tahun lagi untuk projek tersebut disambung semula selepas pemaju perumahan tersebut pulih kembali kedudukan kewangannya.
6. Walau gawat mana sekalipun keadaan ekonomi dunia, manusia tetap perlukan tempat tinggal. Cuma bezanya, manusia akan downgrade tempat tinggal mereka. Contoh, yang duduk banglo akan pindah kondo, yang duduk kondo akan pindah apartment kos sederhana, yang duduk apartment kos sederhana akan pindah ke flat kos rendah.
7. Jadi kesimpulannya, rumah masih tetap menjadi keperluan pada zaman gawat. Sama juga seperti makan. Perut tetap juga perlu diisi walaupun macam mana gawat sekalipun ekonomi dunia.
8. Yang saya perhatikan, kebanyakan syarikat dan juga ahli perniagaan, ketika mereka membuat untung, mereka membeli hartanah dan juga emas sebab kedua-duanya mempunyai nilai jangka panjang. Bila keadaan syarikat makin teruk, mereka menjual semula hartanah dan emas tersebut untuk membayar liabliliti yang ditanggung syarikat.
9. Zaman ekonomi gawat 1998, sebuah pemaju terkenal di Bangsar menjual kondominium mewahnya dengan harga 50% lebih murah daripada harga pasaran. Pada masa inilah seorang pelabur hartanah terkenal membeli kondominium tersebut dengan mendapat cashflow yang sangat tinggi.Cerita yang beliau tulis di dalam bukunya itu saya masih ingat lagi walaupun telah 15 tahun berlalu.
10. Jadi, patut atau tidak membeli rumah pada zaman gawat? Jawapan saya, jangan beli projek undercon, tapi belilah rumah subsale atau lelong yang boleh disewakan pada kadar tidak melebihi RM1500 sebulan kerana demand untuk segmen ini sangat besar.
One thought on “Patutkah Beli Rumah Di Zaman Ekonomi Gawat ? Ini Jawapan Saya.”
Bgmn klu beli rumah mggunakan loan kerajaan. Bayaran hanya dipotong setelah kunci diterima. Msh berisiko kah? Terima kasih