1. Kita selalu anggap kalau kita ada tanah, kita nak buat dusun. Nak tanam pelbagai jenis pokok buah untuk makan-makan hujung minggu dengan keluarga.
2. Kita pun belilah tanah 3 ekar. Tanam pelbagai macam pokok buah di tanah seluas 3 ekar tu.
3. Setiap minggu dan bulan kita komited dengan pertumbuhan pokok buah tu. Kita sibuk membajanya, meracun lalang dan pelbagai kerja2 yang perlu bagi memastikan buah-buah itu tumbuh dengan baik.
4. Beberapa bulan lepas tu, pokok-pokok ini mengeluarkan hasil yang baik. Kita dan keluarga pun mulalah menjamu buah buahan tersebut di kebun.
5. Kita mula excited sebab objektif kita tercapai. Perasaan berkobar-kobar itu berlangsung selama beberapa bulan.
6. Tak lama lepas tu, kita dapati ada yang ceroboh kebun kita. Bukan saja monyet yang memakan hasil-hasil buah kita tapi rupanya ada juga manusia yang menumpang curi buah buahan tersebut.
7. Kita mula rasa letih nak membaja dan meracun. Penat. Bukan kecil luasnya tapi 3 ekar. Kita pula makin tua. Anak anak sibuk dengan kerja dan kurang minat untuk membantu.
8. Duit gaji kita pula makin susut sebab tiap2 bulan bayar ansuran bulanan pinjaman bank sebab membeli tanah 3 ekar tu.
9. Akhirnya, kita tinggalkan saja tanah tu. Sebabnya dah lah bulan-bulan kena bayar kat bank, kos nak membaja dan meracun kebun 3 ekar tu agak tinggi juga. Kepenatan kita mengusahakannya di hujung minggu juga perlu diambilkira.
10. Kisah di atas tu adalah kisah kawan saya. Saya tanya dia, sekarang apa jadi pada kebun tu ?
11. Dia kata…dia usahakan seekar je lah. Yang baki tu malas dah nak buat. Lagi luas kita buat lagi byk kos nak kena keluar. Padahal kita nak makan suka-suka je. Bukan nak meniaga sampai nak usahakan 3 ekar. Baki 2 ekar tu tengah plan untuk dijual.
12. Dia nasihatkan saya. Kalau nak makan buah buahan ni, beli kat kedai jelah. RM10 pun dah lepas setakat nak merasa buah.
13. “Kalau ada tanah extra tepi rumah atau kalau ada rumah kampung, tanamlah 10 jenis pokok di tanah tu…tu pun dah lebih daripada cukup utk kita makan. Banyak mana pun kita nak makan?”
14. Daripada kisahnya, saya mula teringat kata-kata orang lama “orang miskin beli rumah, orang kaya beli kebun.”
One thought on “Jangan Beli Tanah Dusun Hanya Untuk Suka-suka”
Sayalah orang miskin tu 😅