1. Saya kerap terima aduan sebegini : “Encik, kami berkongsi geran. Oklah, kami boleh terima lah dia nak pegang geran sebab dia ada share terbesar dalam tanah ni. Tapi bila kami ada urusan yang memerlukan geran tu, dia tak nak bagi. Kami nak buat camne?”
2. Yang aduan lain plak bunyinya begini : “Kami nak dapatkan no lot, nama mukim dan jumlah cukai tanah kena bayar pun dia tak bagi geran tu.Semua maklumat tu ada dalam geran. Macam dia punya sorang je tanah ni. Kita dah la sama-sama berkongsi geran. Mana boleh berahsia-rahsia pulak.”
3. Ini aduan yang biasa diterima. Tak tau kenapa kedekut sangat orang yang memegang geran tu nak bagi kepada pemilik share lain pegang geran. Padahal mereka sama-sama berkongsi geran.Ada yang dah 5 tahun mintak tengok geran, tapi masih tak dapat-dapat sampai hari ini.
4. Bahkan, ada satu cerita ni, pemegang geran tu sanggup kata “geran tu ada dekat lawyer”. Padahal peguam takde apa-apa kaitan pun dengan geran tu. Saja jer pemegang geran tu cakap macam tu sebab nak menakut-nakutkan pemegang share yang lain.
5. Baiklah, jika anda menghadapi masalah yang sama , di mana anda susah sangat nak dapatkan geran daripada pemegang geran, ikuti 2 langkah mudah ini.
6. Pertama, pergi ke Pejabat Tanah di Unit Pendaftaran, minta buat carian dan dapatkan maklumat serahan terakhir yang dicop di salinan belakang geran tu. Di situ ada tertulis nama orang terakhir yang berurusan menggunakan geran tersebut, maka orang itulah pemegang terakhir geran berkenaan.
7. Kedua, tulis surat kepada Pejabat Tanah untuk membantu mendapatkan geran tersebut daripada Pemegang geran terakhir.Jika Pejabat Tanah berpuashati dengan alasan yang diberikan, Pejabat Tanah akan menghantar Borang 2B kepada pemegang geran terakhir tersebut.
8. Borang 2B ini adalah satu perintah yang mengarahkan si penerima untuk mengemukakan apa-apa dokumen yang diperintahkan untuk dikemukakan kepada Pejabat Tanah dalam tempoh masa yang ditetapkan. Kegagalan mematuhinya boleh menyebabkan dikenakan hukuman denda dan penjara.
9. Adakah maklumat ini membantu anda ? Sila SHARE.