1. Pegangan hartanah terbahagi kepada 2 iaitu selama-lamanya (freehold) dan pajakan (leasehold). Pegangan pajakan kebiasaannya 99 tahun.
2. Pegangan pajakan yang telah berakhir selama 99 tahun menjadikan hartanah berkenaan kembali semula menjadi milik kerajaan. Namun, ia boleh diberilmilik semula setelah melepasi tempoh 99 tahun tersebut atau disambung pajak jika belum mencapai tempoh 99 tahun berkenaan.
3. Hartanah pegangan pajakan yang berbaki 60 tahun, biasanya akan dimohon sambung pajak semula kepada 99 tahun untuk memudahkan pihak bank memberi pembiayaan. Bayaran premium akan dikira berdasarkan baki pajakan sahaja (39 tahun = 99 tahun – 60 tahun), sebagai contoh.
4. Proses ini dilaksanakan di bawah Seksyen 197 dan 76 Kanun Tanah Negara ( serahbalik dan berimilik semula )
5. Bagi negeri Selangor, ia juga ditadbir di bawah Selangor Land Rules 2003.Kerajaan Selangor memberi dua pilihan premium berkaitan sambung pajakan ini seperti berikut:
a) Pilihan 1
Membayar RM1,000 sahaja untuk melanjutkan tempoh pajakan. Namun, Pihak Berkuasa Negeri pula akan mengenakan Kaveat Pendaftar ke atas geran untuk menghalang pemilik daripada melupuskan atau menjual harta di bawah pilihan ini. Ini bertujuan supaya pemilik hartanah tidak menjual semula hartanah berkenaan untuk mengaut keuntungan. Walau bagaimanapun, pindahmilik dibenarkan untuk kepada ahli keluarga.
b) Pilihan 2
Membayar kadar premium lanjutan pajakan secara penuh dan diberikan rebat sebanyak 30% ke atas kadar premium. Dengan pilihan ini, pemilik itu boleh melupuskan atau menjual harta tersebut dengan serta-merta selepas mendapat Geran yang baru.
Bagi Pilihan 1, selepas Geran yang baru telah keluar, pemilik tidak akan menerima rebat lagi.Namun, boleh menjual hartanah tersebut di dengan harga pasaran, tetapi perlu membayar kadar premium secara penuh.
6. Pengiraan kadar premium di Selangor bagi kediaman adalah menggunapakai formula berikut : ¼ x 1/100 x Nilai Tanah x bilangan tahun untuk diperbaharui x Luas
7. Selain itu, caruman kubur dan caruman parit juga perlu dijelaskan bersama. Caruman parit untuk bukan rezab melayu adalah sebanyak RM10,ooo seekar. Manakala bagi rezab melayu pula adalah sebanyak RM5,000 seekar.
8. Oleh yang demikian, usah risau jika membeli hartanah leasehold. Hanya sediakan kembali kadar premium untuk hartanah berkenaan di sambung pajak semula.
Nota : pengiraan premium bagi setiap negeri adalah berbeza. Sila rujuk kaedah tanah negeri berkenaan.
One thought on “Cara Mengira Premium bagi Menyambung Pajakan Hartanah (Leasehold)”
Pingback: Pengiraan Bayaran Premium Bagi Melanjutkan Tempoh Leasehold Kediaman