1. Hari ini saya didatangi seseorang. Minta bantu selesaikan masalah rumahnya yang akan dilelong tak lama lagi.
2. Dia akui dia jarang berada di rumah. Surat-suratnya pun hilang entah di mana. Patutlah dia tak terima surat daripada bank yang meminta dia jelaskan tunggakan rumah. Tau-tau je dapat surat daripada Pejabat Tanah untuk lelong rumah dia minggu depan.
3. “Encik, macam mana ni? Tu jelah rumah yang saya ada.”
4. “Errrrr….ikutkan encik kena bayar tunggakan RM29,000 ni kepada bank untuk buat penyelesaian.Kalau encik bayar, maka lelong tidak diteruskan.”
5. Muka dia berbunga harapan. Tapi mukanya berubah sekelip mata bila saya kata, “itu kalau bayaran tunggakan RM29,000 tu dibuat sebelum 7 hari daripada tarikh lelong. Tapi encik dah terlambat. Beza tarikh hari ini dengan tarikh lelong berbaki 6 hari. Jadi kami tak boleh terima bayaran tunggakan tu.”
6. Dia bingung.”Jadi, apa yang perlu saya buat?” tanyanya bersungguh.
7. “Pembayaran boleh diterima kurang 7 hari jika encik buat bayaran penuh rumah tu. Nampak figure tu? RM309,000. Jumlah itulah yang encik kena bayar.”
8. Dia makin buntu. Mana nak carik RM309,000 ? Dia kesal sebab hanya beza 1 hari saja dia terpaksa berbuat pilihan antara RM29,000 dengan RM309,000. Jauh bezanya tu.
9. Saya cadangkan dia satu cara yang paling jimat. “Minggu depan rumah encik kena lelong, encik masuk bidding sekali. Hanya perlu bayar 10% sahaja. Tak sampai pun RM20,000”
10. Wajah dia agak senyum kali ini. Saya jangkakan dia akan bid pada berapa saja harga lelong asalkan dia dapat kembali rumahnya itu.