1. Kita ada rumah idaman. Rumah untuk tempat berteduh bagi keluarga kita.
2. Kita juga ada pekerjaan. Pekerjaan yang mampu memberikan pendapatan untuk kita membayar ansuran bulanan loan rumah idaman tersebut.
3. Ditakdirkan Allah, kita dibuang kerja oleh majikan. Maka kita hilang pendapatan. Bermakna kita tidak mampu lagi membayar ansuran bulanan loan rumah tersebut.
4. Kerana tiada pekerjaan selama beberapa bulan, kita gagal membayar ansuran bulanan tersebut selama beberapa bulan.
5. Satu hari, kita tengok dalam peti surat kita ada surat merah daripada bank. Surat tunggakan bayaran ansuran bulanan untuk dijelaskan sepenuhnya dalam tempoh yang ditetapkan.
6. Di hujung surat tu mengingatkan jika tunggakan tidak dapat dijelaskan, tindakan pelelongan akan dilaksanakan.
7. Kita diam terduduk tak tau mana nak cekau duit untuk jelaskan tunggakan kerana tempoh yang diberikan agak singkat.
8. Kita pun pinjam sana. Pinjam sini. Buat muka tebal pinjam sedara mara. Akhirnya jumlah yang diminta pihak bank pun mencukupi.
9. Kita datang pada hari lelongan dan berjumpa dengan pelelong pada hari lelongan tersebut di Pejabat Tanah. Nak serahkan duit tunggakan. Tapi pembayaran tersebut ditolak.
10. Rumah kita terus dilelong pada hari tu dan terlelong kepada pembida tertinggi.
11. Kita meraung semahu-mahunya kerana rumah idaman kita itu kini sudah milik orang.
12. Yang kita tak tau, pembayaran tunggakan hendaklah dijelaskan paling lewat 7 HARI SEBELUM tarikh lelongan di Pejabat Tanah (Kalau lelongan Mahkamah Tinggi boleh bayar kurang 7 hari).