1. Bila kita ada tanah. Kita bina rumah di atasnya.
2. Kalau rumah yang dapat Kelulusan Merancang drpd PBT, sudah tentunya binaan rumahnya sudah mengambilkira ruang setback belakang rumah dan ruang lega kiri dan kanan binaan rumah yang biasanya minimum 10 kaki.
3. Tapi rumah yang dibina atas tanah yang hanya dipecahkan bahagian dalam geran biasanya tiada Kebenaran Merancang.
4. Ada banyak kes rumah yang dibina sewenangnya di mana binaanya memasuki tanah lot jiran.
5. Tersebut kisah di sebuah daerah. Sebuah rumah dibina. Tandasnya terletak di luar rumah, di penghujung lotnya. Binaan batu-bata.
6. Kebetulan beberapa tahun selepas itu, kerajaan buat pengambilan tanah di lot tanah sebelahnya.
7. Lepas diukur didapati bahagian tandas rumah ini dibina di atas tanah jirannya, bukan dalam lot sendiri. Maknanya telah menceroboh lot tanah sebelah.
8. Bila tanah sebelahnya dibuat pengambilan, semua benda di atas tanah tersebut dirobohkan, termasuklah tandas rumah itu tadi.
9. Jadi, rumah tersebut kini sudah tiada tandas lagi.
10. Pengajarannya;
+ bila bina rumah pastikan dulu di mana sempadan tanah. Jika tidak pasti, dapatkan khidmat juruukur berlesen untuk kenalpasti sempadan dan bucu tanah.
+ buat binaan rumah dalam lot sendiri. Jangan ceroboh lot orang lain. Jangan ikut suka jer.
+ kesilapan kecil ini merugikan kita sebab perlu bina tandas baru.