1. Hari ni berkesempatan berjumpa dengan seorang makcik. Umur 58 tahun. Kami bertemu di Seremban.
2. Dia seorang peniaga. Apa yang dia berniaga, dia rahsiakan. Anak-anak dan adik-beradiknya juga berniaga niche yang sama dengannya.
3. Saya tanya dia, hasil jualan meniaga dia buat apa?
4. Saya beli kedai. Saya dah ada 3 buah kedai. Sebuah di Tampin Square, sebuah di Jasin dan sebuah di Masjid Tanah.
5. Terperanjat juga. Kenapa beli bukan di lokasi bandar-bandar besar mcm Petaling Jaya dan lain-lain?
6. Kata dia, memang agak risiko juga lokasi dipilihnya. Tapi dia ada rahsia sendiri dalam pembelian shoplot.
7. Shoplot di Tampin Square dibeli pada harga RM200,000 sahaja. Sangat murah.
8. Tapi nilainya kini RM600,000. Sewa pula RM3,000. Itu saja positive cashflow dah dekat RM2,000. Dia dah habis bayar pun kedai tu.
9. Di Seremban ni, beliau sedang mempertimbangkan untuk membeli kedai ke-4 nya.
10. Kata dia, menyesal juga mula beli kedai pada usia 40 tahun. Kalau dia tau, seawal umur 20 tahun lagi dia beli.
11. Pesan dia, jangan pandang sebelah mata kedai-kedai yang bukan terletak di pusat bandar macam KL. Adakalanya positive cashflownya lebih baik.
12. Sebelum kami selesai berborak, dia menunjukkan kepada saya beberapa kedai milik kaum kerabatnya di sekitar Seremban.