1. Bila kita beli tanah atau lot banglo dan dapat Hakmilik Sementara, keluasan tanah yang ada tu sebenarnya belum tetap lagi.
2. So, cepat-cepatlah apply untuk dapatkan Hakmilik Tetap dengan dibuat ukur halus.
3. Selesai ukur halus tu lah baru kita tau rupanya tanah kita kekurangan beberapa % atau juga terlebih beberapa %.
4. Ada kes yang terkurang 40% beb. Hampir separuh daripada yang dibeli. Kalau setakat terkurang 10% tu memang biasa.
5. Daripada situ, cukai tanah baru kita akan diubah mengikut keluasan sebenar yang dinyatakan di dalam Hakmilik Tetap.
6. Kalau nak bina rumah banglo di atas lot banglo tersebut, perlu dapat Kebenaran Merancang dahulu drpd PBT.
7. Kebenaran Merancang tak dapat diberikan jika tidak disertakan Hakmilik Tetap. Namun begitu tertakluk juga kpd Seksyen-seksyen tertentu di dalam Kanun Tanah Negara.
Home Panduan Hartanah Kenapa Perlu Geran Hak Milik Tetap?