1. Pernah dengar Surat Ikatan Pemegang Amanah atau Trust Deed? Boleh dapatkannya di Pejabat Tanah.
2. Apa antara kegunaan Trust Deed ini ? Gunakanlah ia untuk kita ‘memindahkan’ tanah/rumah kita kepada anak-anak atau orang yang kita pilih, walaupun semasa kita hidup.
3. Katakan kita ada tanah 1 ekar. Kita ada anak 4 orang. Kita nak anak kita setiap seorang dapat ¼ bahagian untuk tanah 1 ekar tersebut.
4. Isi borang trust deed ni. Namakan setiap anak kita dan bahagian yang diberikan kepada setiap anak tersebut di dalam borang Trust Deed. Hantar ke Pejabat Tanah (Unit Pendaftaran).
5. Maklumkan yang kita nak daftar Trust Deed ni dalam rekod Pejabat Tanah dan nak daftarkan nama anak dan bahagian-bahagian anak ke dalam geran tanah.
6. Nama anda akan dibatalkan sebagai pemilik di dalam geran. Sebaliknya akan didaftarkan sebagai Pemegang Amanah kepada anak-anak anda.
7. Selepas kematian anda, anak-anak akan membuat tuntutan pusaka ke Pejabat Pusaka (jika harta bawah RM2juta) atau Mahkamah Tinggi (jika harta atas RM2 juta) sebagai bukti pemberian bahagian tanah telah dilaksanakan sebelum ini di Pejabat Tanah secara bertulis melalui Trust Deed.
8. Selepas penghakiman, anak-anak perlu bawa perintah penghakiman tersebut ke Pejabat Tanah dan nama anak-anak akan didaftarkan di dalam geran sebagai pemilik mengikut bahagian masing-masing.
9. Kenapa kita tidak buat pindahmilik sahaja kepada anak-anak semasa kita hidup guna borang 14A? Sebab bila pindahhakmilik guna 14A, kita bukan lagi pemilik berdaftar harta berkenaan. Kemungkinan anak-anak akan menghalau kita atau menjual hartanah berkenaan kerana dihasut oleh pihak ketiga.