1. Harga tanah sekarang ni mahal. Jadi kita pun mencari-cari tanah yang dijual pada harga rendah.
2. Tetiba ada orang jual pada harga murah. RM15,000 sahaja. Kita terus setuju beli dan bagi duit.
3. Penjual pun serahkan Lesen T.O.L. Kita pun duk usaha lah tanah tu umpama tanah kita sendiri.
4. Si penjual pula terus melenyapkan diri tak lama selepas tu.
5. Apa yang sebenarnya telah berlaku?
6. Tanah yang kita panggil sebagai T.O.L (Temporary Occupational Licence) tu dalam bahasa melayunya adalah Lesen Pendudukan Sementara (LPS).
7. Namanya pun pendudukan sementara. Jadi, tanah itu daripada segi pemilikan masih lagi tanah kerajaan. Bila-bila masa kerajaan nak ambil semula itu adalah hak kerajaan. Sebab itu dinamakan pendudukan sementara.
8. Tanah T.O.L ni banyak pantang larangnya. Antaranya; tidak boleh tanam dengan tanaman kekal, hanya binaan sementara saja dibenarkan, tidak boleh diwariskan, tiada pampasan jika kerajaan memerlukannya semula. Semua ini ada dicatatkan dalam Lesen T.O.L tu. Samada kita baca atau tidak jer.
9. Jadi, apa yang terjadi pada RM15,000 yang telah kita bayar pada pemilik asal tanah T.O.L tu?……LEBUR.
10. Sebab nama dalam Lesen T.O.L. itu sendiri pun bukan nama kita. Tapi nama dia.
11. Nak murah punya pasal. Habis lebur duit sendiri.
One thought on “Jangan Beli Tanah T.O.L Kalau Tak Nak Kena Tipu”
salam. Tuan saya telah di tipu semasa urusan membeli tanah di sungai jati klang. yg menjual adalah rakan lama sekolej saya dulu. Jadi tidak menyangka beliau akan menipu saya . Urusan saya dgn beliau tidak begitu detail. Atas dasar percaya saya beri 90k . Surat jual beli ada sign tetapi beliau ambil semula atas alasan untuk lawyer sign.
Yg ada bukti sekarang adalh simpanan wasap antara saya dan dia tentang urusan tanah dan juga resit bank yg duit di masukkan ke dalam akaun nama beliau.
Ada juga 2 org pembeli yg sama tertipu . tapi wang yg mereka bayar tidak banyak.
Apa yg perlu saya lakukan untuk tindakan lanjut.
harap benar dapat bantuan dati pihak tuan.