Geran Itu Lebih Utama Berbanding S&P.
Artikel ini akan membuka mata anda mengenai kedudukan geran hakmilik dan perjanjian jual beli atau Sales and Purchase Agreement (S&P).
1. Beli rumah, tandatangan S&P.
2. Beli sebidang tanah, tandatangan S&P.
3. Beli bahagian tanah, tandatangan S&P.
4. Buat trust deed, tandatangan S&P.
5. Tapi ada tengok tak nama anda didaftar sebagai pemilik atau sebagai beneficiary ?
6. Cara nak masukkan nama adalah dengan menandatangani borang 14A. Hanya borang ini saja yang laku dalam proses memasukkan nama kita ke dalam hakmilik.
7. Lepas sign S&P, lepas sign 14A, lepas dapat consent, follow up tak dengan pejabat tanah di unit pendaftaran? Buat carian tak untuk memastikan nama kita didaftar ?
8. Ubah mindset, ubah mindset. S&P itu sebagai permulaan ikatan antara penjual dan pembeli. Pengakhirannya adalah pendaftaran nama pembeli ke dalam geran.
9. Ada kes pemaju keluarkan S&P kepada 2 pembeli untuk unit rumah yang sama. Tapi bila buat carian, nama masih lagi atas nama developer. Memorandum Of Transfer (MOT) dengan pembeli pertama pun masih tak dibuat lagi.
10. Ada juga kes, beli bahagian tanah. Sign S&P. Tapi borang 14A pun tak sign untuk pindahmilik bahagian. Masih lagi atas nama pemilik asal. Bila ditanya kenapa tak tukar nama lagi ? ” Eh..kan dah sign S&P ?”
11. Kalau pemilik bahagian tu meninggal dan tak sempat tukar nama kepada pembeli baru camne? Rumah dah cantik terbina tapi nama tidak didaftar. Anak pemilik asal pulak menuntut pusaka bahagian bapanya itu.
12. Ramai kurang sedar, pendaftaran geran guna borang 14A itu adalah paling utama. Bila dah pindahnama dalam geran, hakmilik anda tidak boleh disangkal.
13. Sistem tanah negara kita menggunakan sistem Torren yang mementingkan pemilikan melalui pendaftaran nama dalam geran. Nak nama masuk dalam hakmilik tu, pastikan tandatangan borang 14A. Ini selaras dengan Seksyen 215, 217 dan 218, Kanun Tanah Negara.
14. Nak tau apa itu Torren System, klik sini
15. Tukar mindset, kawan ! Pendaftaran nama dalam geran itu maha penting.