1. Saya kerap terima aduan dan pertanyaan pemilik tanah mengenai lokasi tanah mereka.Saya pun heran juga, mereka mohon tanah tak tengok dulu ke kat mana tanah mereka? Manalah tau yang dia mohon tu gunung-ganang ker.
2. Ada yang mengadu “orang pejabat tanah pun tak tau mana lokasi tanah saya”.
3. Mungkin ramai tidak tahu, Pejabat Tanah tidak bertanggungjawab untuk menunjukkan di mana lokasi tanah pemilik. Jika pemilik hendak mengetahui lokasi tanahnya, cara terbaik adalah mengupah seorang juruukur utk mengenalpasti lokasinya.
4. Bila seseorang tidak ambil pusing di mana lokasi tanah dia dan sempadan tanah dia, atau kerana tidak mahu keluarkan duit sedikit utk bayar juruukur, maka akan berlakulah anjakan lot atau ketidaktepatan binaan rumah di lot tanah sebenar.
5. Ini akan mengakibatkan masalah untuk megeluarkan Hakmilik Muktamad (final title) nanti.Dan banyak lagi masalah lain yang akan berkait.
6. Ada 2 kes besar yang pernah terjadi. Pertama, anjakan lot pertanian melibatkan 3 kampung.Seluruh kampung tu teranjak lot tanah pertanian mereka !
7. Maka terpaksalah Pejabat Tanah membuat pembetulan semula. Dah selesai urusan pembetulan untuk 1 kampung, maka perlu diperbetulkan 2 kampung lagi.
8. Kedua, kecelaruan lot tanah status bangunan di sebuah lagi kampung. Ini melibatkan 90 penduduk kampung.
9. Si A bina rumah di lot B. Si B bina rumah di lot D, Si C bina rumah di Lot D dan seterusnya.
10. Jangan ambil mudah mengenai lokasi tepat tanah anda. Lot yang anda nampak dalam geran tak semudahnya dikenalpasti bila betul-betul turun di ground.
11. Dan jangan sayangkan duit untuk beri upah kepada juruukur. Harga ukur bermula daripada RM1000 sahaja.Namun lagi luas kawasan dan lagi sukar topografi maka bertambahlah sikit harga upahnya.
12. Boleh minta quotation mereka dulu sebelum upah mereka buat kerja.Usah fikirkan rugi. Kita sebenarnya lebih rugi jika binaan rumah kita berada di lot tanah oranglain.