1. Rumah yang besar dan cantik menjadi idaman semua orang. Lagi besar lagi bagus, katanya.
2. Percaya tak jika saya kata tidak semua orang nak duduk rumah besar. Ini kisah 3 orang kawan-kawan yang dapat saya coretkan.
3. Kisah Pertama, seorang kawan menghubungi saya meminta saya bantu jualkan banglo bapanya yang sedang dibina dan sudah siap 65%.Saya tanya kenapa nak jual. Oranglain beriya-iya la nak duduk rumah banglo.
4. Jawab dia, adik-beradik dia sorang dah tinggal di luar negara kerana bekerja di sana. Adik perempuannya dah berkahwin dan tinggal dengan suami di Melaka. Yang seorang lagi sedang melanjutkan pelajaran di luar negara.
5. Tujuan bapanya bina banglo pada asalnya untuk mudah berkumpul anak beranak. Tapi semuanya dah membawa diri dan hala tuju masing-masing, maka apa lah gunanya rumah banglo sebesar alam tersebut.Biarlah mereka duduk rumah teres sahaja walaupun mereka mampu bina banglo.
6. Kisah Kedua, seorang rakan yang hanya dua beradik jer. Bapa mereka menyewa sebuah rumah banglo besar. Bila mak dan ayah pergi kerja atau luar negara kerana urusan bisnes, kadang-kadang adiknya di tingkat bawah, kakaknya di tingkat atas. Bila adiknya di tingkat atas, kakanya pula di tingkat bawah. Duduk satu rumah tapi tak berjumpa muka.So, dorang pun boringlah dengan keadaan ini.
7. Akhirnya,bapa mereka buat keputusan selepas 2 bulan menyewa banglo tersebut,”jom kita pindah kondo je lah. tiap-tiap hari boleh bertembung muka”.Kini, mereka menyewa sebuah kondominium di Bangsar.
8. Kisah Ketiga, seorang anak muda kelahiran Kuala Lumpur.Gaya seorang eksekutif. Beliau membelek-belek satu flyers mempromosikan sebuah kondominium di tengah bandar.Keluasan 1000kps. Saya tanya, “kenapa tak beli rumah atas tanah jer mcm teres ke atau bina lot banglo jer? Kan mudah sedara-mara nak datang atau nak tanam sepokok dua ker ?”
9. Jawab dia,”berapa kali jer pun dalam setahun sedara-mara nak datang rumah kita? setakat nak bercucuk tanam tu, beli jelah buah-buahan kat kedai. tak payah dah nak sapu daun pokok jatuh atas tanah.”
10. Tambahnya lagi “malas lah rumah besar-besar ni. Nanti nak cuci rumah lagi, nak menyapu lagi. Biarlah rumah kecik asalkan mudah nak jaga. Macam kondo ni…dah terurus semuanya, sampah dah tak perlu risau lagi sbb dah mmg collect, nak mandi swimming pool ada, nak jaga kesihatan pun ada gym kat sini.Nak parking pun dah mmg tersedia utk kita. Semuanya lengkap…”
11.”Rumah besar-besar pun bukan kita pijak kaki abes rumah kita. Entah-entah dalam 60% je.Bilik-bilik yang banyak tu pun kita tak masuk. Kang ada pulak ‘benda lain’ yang masuk.”
12. “Tapi paling penting, duk kondo ni semua buat hal masing-masing. Kalau duk rumah atas tanah ni, nanti balik keje, makcik-makcik yang lepak petang-petang, kumpul ramai-ramai, mengumpat saja kejenya…”
13. Begitulah alkisahnya. Rumah besar mungkin bukan idaman semua orang rupanya.